Assalamualaikum wbt semua sahabat2 yang dikasihi lagi disayangi,
semoga semuanya sentiasa dalam peliharaan dan rahmat Allah swt.
Dengan penuh takzim saya persilakan semua sahabat2 kemajlis yang tersebut diatas yang akan diadakan pada tarikh, masa dan tempat seperti berikut:-
Tarikh : 13hb. Feb. 2016 (Hari Sabtu)
Masa : Jam 9.00 malam
Tempat : Dikediaman saya Lot D-91, Jalan MP52,
Kampung Matang Pagar, Sungai Buloh.
Tujuan majlis itu diadakan ialah untuk merapatkan hubungan silaturrahim sesama kita secara lebih dekat lagi. Kalau selama ini kita berkenalan melalui whatsapp atau fon sahaja tapi kali ini kita dapat bertemu muka. Dalam program santai ini juga kita dapat kemukakan cadangan-cadangan untuk dipertimbangkan dan dilaksanakan pada masa-masa akan datang demi untuk kebaikan kita bersama.
Sekian harapan saya agar program santai ini dapat dilaksanakan dengan jayanya oleh semua sahabat-sahabat. Diatas segala kerjasama dan jasa baik sahabat-sahabat itu saya ucapkan jutaan terima kasih. Wassalam
No comments:
Post a Comment