perbaiah malaysia
Assalamualaikum & Selamat Datang ke laman sesawang Perbaiah Malaysia

Monday, 8 February 2016

JEMPUTAN KEMAJLIS SANTAI SILATURRAHIM BERSAMA JEMAAH



Assalamualaikum wbt semua sahabat2 yang dikasihi lagi disayangi,
semoga semuanya sentiasa dalam peliharaan dan rahmat Allah swt.

Dengan penuh takzim saya persilakan semua sahabat2 kemajlis yang tersebut diatas yang akan diadakan pada tarikh, masa dan tempat seperti berikut:-

Tarikh       :  13hb. Feb. 2016     (Hari Sabtu)
Masa         :   Jam 9.00 malam
Tempat      :   Dikediaman saya Lot D-91, Jalan MP52,
                       Kampung Matang Pagar, Sungai Buloh.

Tujuan majlis itu diadakan ialah untuk merapatkan hubungan silaturrahim sesama kita secara lebih dekat lagi. Kalau selama ini kita berkenalan melalui whatsapp atau fon sahaja tapi kali ini kita dapat bertemu muka. Dalam program santai ini juga kita dapat kemukakan cadangan-cadangan untuk dipertimbangkan dan dilaksanakan pada masa-masa akan datang  demi untuk kebaikan kita bersama.

Sekian harapan saya agar program santai ini dapat dilaksanakan dengan jayanya oleh semua sahabat-sahabat. Diatas segala kerjasama dan jasa baik sahabat-sahabat itu saya ucapkan jutaan terima kasih. Wassalam







BERGAMBAR BERSAMA2 DENGAN SAHABAT2



Bergambar selepas merasmikan sebuah kedai seorang jemaah

SANTAI BERSAMA PA LIE TIGER DAN LAIN2 JEMAAH

                         

Sembang santai bersama2 dengan ahli2 jemaah


                               

Thursday, 4 February 2016

SENARAI AHLI-AHLI MAJLIS TERTINGGI PERBAIAH MALAYSIA


SENARAI AHLI-AHLI MAJLIS TERTINGGI  PERBAIAH MALAYSIA :-



Presiden / Pengasas
Khalifah Besar
Paduka Ayahanda Haji Saad Md Saman

Timbalan Presiden
Paduka Ayahanda Mohamad Abu Bakar

Naib Presiden
Paduka Ayahanda Man Subang
Paduka Ayahanda Lie Tiger
(nama)

Ketua Penerangan
Ayahanda Ustaz Najib

Setiausaha Agung
Ayahanda Saifullizan bin Haji Saad

Bendahari Agung
(nama)

Penasihat Undang-Undang
Tuan Adzly bin Ab. Manas  
( Peguamcara/Peguam bela dan Peguam Syar'ie )

Ahli Majlis Tertinggi
Ayahanda Pian
Ayahanda Sham
Ayahanda Samsuri 
 Ayahanda Zamri Teksi
 Ayahanda Zainal Taharim 
Ayahanda Pak Lang Ki
Ayahanda Cikgu Syazwan
Ayahanda Sh. Fareed
Ayahanda Fauzi Bukit Lagong
Ayahanda Roslen Perhebat
Ayahanda Azlan Jaafar  (ALC)
 Ayahanda Shamsul M/Sempak
Ayahanda Darus Country Homes
(nama)
(nama)
(nama)
(nama)
(nama)
(nama)
(nama)
(nama)
(nama)

Setiausaha kerja
(nama)

Pemeriksa Kira-Kira 
(nama)
(nama)

( mereka yang dipilih dalam mesyuarat agung dan bukannya dikalangan ahli-ahli MT )


JAWATAN-JAWATAN DALAM PERBAIAH MALAYSIA



Perbaiah ditadbirkan oleh sebuah badan yang dikanali sebagai MAJLIS TERTINGGI PERTUBUHAN AHLI-AHLI BAIAH MALAYSIA.

Majlis Tertinggi itu terdiri daripada :-
1. Seorang Presiden
2 . Seorang Timbalan Presiden
3 . Tiga orang naib presiden
4 . Seorang ketua penerangan
5 . Seorang setiausaha agung
6 . Seorang bendahari agung
7 . Seorang penasihat undang-undang
8 . Lima belas orang Ahli Majlis Tertinggi yang dipilih dalam mesyuarat agung tahunan
9 . Tujuh orang Ahli Majlis Tertinggi yang dilantik oleh presiden
10. Seorang setiausaha kerja

Dua orang pemeriksa kira-kira yang dipilih dalam mesyuarat agung dan mereka ini bukan dari kalangan Ahli Majlis Tertingg.

MISI, VISI DAN OBJEKTIF PERBAIAH MALAYSIA



Misi, visi dan objektif pertubuhan ini adalah seperti berikut :-

1. Mengadakan program dan aktiviti yang berunsur pendidikan bagi melahirkan generasi muda  yang berkualiti dan dapat menyumbang ke arah pembangunan negara.

2. Menganjurkan aktiviti yang menjurus kearah kebajikan masyarakat.

3. Mendaulatkan institusi pemerintahan Lambang-Lambang Yang Dipertuan Agung diperingkat negara dan Sultan-Sultan diperingkat negeri.

4. Mengumpul dan menguatkan ikatan ukhuwah silaturrahim dikalangan ahli-ahli melalui pelbagai aktiviti  kemasyarakatan dan sosial.

5. Bekerjasama dengan badan-badan dan agensi kerajaan serta NGO's yang mempunyai matlamat dan halatuju yang sama demi untuk kebaikan ahli-ahli PERBAIAH.

SALAM PERKENALAN DENGAN PERBAIAH MALAYSIA



Assalamualaikum wbt semua sahabat2 yang dikasihi lagi disayangi. Semoga kita semua sentiasa dalam peliharaan dan rahmat Allah swt.
Sukacita dimaklumkan bahawa pertubuhan ini adalah sebuah pertubuhan bukan kerajaan  (NGO's) yang berteraskan kepada perpaduan ummah dan telah berdaftar dengan ROS.
Keahlian pertubuhan ini adalah terbuka kepada seluruh umat Islam tanpa mengira bangsa dan keturunan tetapi mestilah Rakyat Malaysia.